20160516

Melancholic Airport.

Malam tadi, aku di tempat itu lagi. Tempat kita pernah cuba mengusik kasih. Milk and Honey menjadi teman, menjadi bait patah kata kita malam itu, erat tanganmu pada bahu aku. Kau dan aku tahu, cukup situ. 


Ah, aku mahu lupa semua. Aku tahu melankolik itu memang simbol kau dan aku sejak dari mula. Dan kau akhirnya buat perasa melankolik jadi pahit yang sungguh.