Tak mampu lagi nak tahan.
Kalau kau takat nak raih like banyak untuk gambar kau dengan caption yang acah-acah puitis, habis madah pujangga dan paling sastera, tak payah pura-pura noble bila orang komen kau idola dan sifu. Memang itu yang kau nak. Jangan kata tidak. Kalau tidak, bukan situ medium kau. Ah jijik.
Berlakon mulia macam mana entah, serius kau hilang peribadi bila kau hilang aku. Kau jadi yang bukan-bukan.
Ya, sekarang memang rasa nak hurai caption malam tadi sebab makin lama makin rasa rimas baca caption terpaling-sastera kau tapi aku tahu aku tak mahu block atau unfriend nanti hidup aku sunyi dari meniti kebodohan kau.
"Setiap manusia berlumba atas trek dan acara berbeza. Berjaya pada mata kau belum tentu berjaya pada mata mereka"
Memanglah hidup semua orang lain-lain. Ranjau duri semua manusia tu lain dan tiada measurement siapa lebih susah dari siapa, siapa lebih banyak diuji dari siapa, siapa lebih diberi nikmat dari siapa. Its a well-known fact (untuk orang-orang yang berfikir). And kalau kau dah rasa berjaya di mata kau, persetankan saja aras berjaya pada pandang mata orang lain. Kenapa nak kisah. Sebab, kau sendiri pun dah letak tanda aras untuk satu achievement kan? Kau jugak sudah sangat judgemental pada kejayaan orang lain. Untuk sedapkan hati kau yang masih tak dapat achieve satu "kejayaan" yang kau sendiri sudah set-kan, kau kata kau berjaya pada mata kau sendiri sebab kau dah boleh 'check' banyak subjek dalam bucket list kau, kan? Orang yang dah berjaya pun tak tahu dia dah berjaya dan tak pernah kisah untuk di judge oleh orang yang belum setahap dengan nya, macam kau.
Ya, memang aku sangat terkesan dengan hubungan tiada arah dengan kau dulu. But it was the things that i regret the most. Not things to be remembered all my life.
Untuk kesekian kali, take it or leave it.
And im just glad you choose to leave it.
