20131223

Orang Rumah

Umur aku sekarang ni 27 tahun (2013), dan serius aku rasa aku belum capai apa-apa. Belum ditunangkan, apa lagi dikahwinkan.

Dengan umur yang sekarang, dan gaji yang sekarang, aku dapat rasakan kesukaran membeli sebuah rumah. Jalan pintas yang mungkin menyusahkan anak-anak, aku nak sewa rumah sampai akhir hayat. Tapi dengan syarat, aku kena dapat anak segenius Aaron Swartz, ada common sense dan hati mulia tapi tak bunuh diri.

Kalau tak dapat yang macam ni, aku kena kerja kuat sikit lah.

Tiga setengah (pagi)

Summary - weekend:

1. Weeds & other drugs
2. Children transgender
3. Japan: weird culture
4. Sekolah bukan penjara;

I enjoy watching documentaries.

Tiga pagi.

Aku masih di sini.

Jemput datang, dengan rasa hormat.
Aku masih sudi menunjuk ajar apa termampu.

Sila datang, dengan hormat.
Tak perlu jika kamu masih macam dulu.

Aku masih di sini.

20131214

Padan muka

Sebab bajet nak lari dari orang dapat tahu yang aku tulis blog lagi sedangkan semua orang dah move on dengan life yang better, aku pun buat lah adress link yang baru. Akhirnya link-link blog lama hilang. Padan muka.

Melur Jantung Hati

Ya Allah Ya Tuhanku. Sungguh, tak sangka akhirnya aku pilih ruang ini lagi untuk meluah. Semua orang yang pernah melawat ke sini semua sudah jumpa dengan hidup masing-masing yang aku tak tahu bila aku akan begitu. I am still fucking struggle for one good thing.

Aku dah tak tahu nak lari ke mana. There is no distance left to run. Kawan baik yang tinggal, cuma kekasih dan Melur.

Serius, hidup aku sober gila. Aku sejenis yang menatap susah hidup sendiri. Aku jenis yang kuat meraung nak hadap hidup yang makin bullshit ni. Aku sejenis yang pathetic.


20120814

Selamat Tahun Baru, 2012.

Maksud aku, since last post, ini post pertama 2012. Ini summary untuk diri sendiri.

1. 26 and young.
2. Beli smartphone, kena curi. The phone not smart enough.
3. Dikuarantin dari job scope sendiri, tak tahu reason. Tak ambil tahu.
4. Datang perasaan nak balik ke perasaan lama, perasaan "dia ada tapi aku tak ada".
5. Lebih banyak baca ilmu.
6. Masih belajar jadi manusia tak mudah marah
7. Ahad ni dah Selamat Hari Raya.

20110930

no distance left to run

Selalu cuba fikir positif bila nak hadap masalah-masalah yang besar-besar, nak share dengan teman pun, takut teman dah jemu, dari dulu sampai sekarang, kamu (aku) dengan masalah tu jugak, orang lain dah beranak pinak, masalah kamu tak selesai-selesai jugak.

Em, masalah kalau libat pertalian darah, nak selesai macam mana, dibunuh pihak yang lagi satu pun, dia masih saudara. Nak jauhkan diri, kalau bukan kamu yang nama "saudara" nak kisah, siapa lagi. Rasa jatuh, kepala rasa berat. Pengemudi kapal sekarang dah tinggal satu, yang satu lagi dah bahagia di tempat lain 20 tahun yang sudah. Tapi pengemudi tak dapat kemudi dengan baik jugak, anak-anak kapal terumbang ambing, dah hilang arah semuanya.. Pengemudi gagal! Aku terdidik menjadi anak kapal yang marah, tapi syukur, masih sedar erti tanggungjawab. Kegagalan itu sangat menyedihkan tapi tak pasti kesudahan nanti macam mana.

Ini metafora semua supaya tak nampak pekungnya, kalau nampak, nak buat macam mana lagi, aku pun dah lama jatuh, tak tahu lagi nak bangun macam mana. Bila boleh nak dapat rasa bahagia lama-lama. Tuhan, tolong :(

Aku tak rasa mampu nak bercerita dengan yang bahagia-bahagia, tak tahan nak rasa sebak hari-hari. Tolong hulur tangan, tak perlukan bantuan apa-apa, cuma bawa aku naik ferris wheel sampai nanti aku nampak aku ada dua (read:sputnik sweetheart)

20110916

FringyFriday.

Perlu lebih workout dan makanan sihat sebab nak good figure (perempuan lame.)Perlu kumpul lebih banyak duit supaya dapat realisasikan impian yang bukan-bukan seperti melawat Korea dan UK, buat braces, beli telefon canggih, dan beli rumah.

Eh, kenapa suarakami tu macam ada suaradepa jugak? Tak kami sangat lah macam tu. (topik takda pasal)

20110909

Dah raya.

Selamat hari raya.

Makin dewasa, banyak konflik. Aku tak bijak sangat nak handle semua baik-baik. Baran, paling padan nak describe aku. Teruknya. Aku ingat baran aku kurang berbanding dulu.. aku nak jadi supercool kalau org kata "kau babi" pun aku boleh senyum lagi. Aku nak bersangka baik pada semua orang. Tuhan, tolong. Aku sedang usaha ya.


Maaf zahir & Batin.

20110825

Raya dah nak dekat.

I secretly adore family potraits, I hardly have one.